ENCIK LIPAS
masih bermain dicelah kipas
menggerit gigit bekas
ternampak,menyorok lekas
amboi,mahu mencuri bebas?
TUAN LIPAN
mengheret kaki lebih lapan
mengutip sisa-sisa sarapan
merah bara tanda tampan
ENCIK LIPAS
hitam apa khabar?
sudah pening dihempas akhbar?
terngadah terlentang kaki terbuka lebar?
TUAN LIPAN!
sila tolong saya kelaparan
sila berikan ubatan dan makanan
aduh,pening,sesungut berpinaran
ENCIK LIPAS!
sudah saya nasihat keras
usah mencuri bebas
bukankah sudah kena hempas?
TUAN LIPAN!
khabarnya enak dicelah papan
mahu tinggal hingga kapan?
semalam
ENCIK LIPAS mati dihempas!
TUAN LIPAN dihimpit papan!
nukilan; Wewr~
antologi CINTA DAN RONA KINANAH
designed by ALEXANDARICAIRO
3 comments:
ape kes dengan lipas ni babe? haha.
kes aku telah mbunuh lipas,
mgkin.
lalala~
adakah petua dhulu kala spya rumah sewa ku tdk dknjungi 'tetamu' ini?
hahaha
tade
kami juga mempunyai masalah lipas
tapi alhamdulillah kadang2 je
haha
Post a Comment