Thursday, September 3, 2009

terkenang lagi...



menjelmanya ramadhan,pasti terdetik dan terbayang zaman kegemilangan.eh tapi bukan zaman kegemilangan saat gah nya ziana zain dan erra fazira tu.saat lagu sembilu dan maria mariana berkumandang.tapi,saat tika kita mengorak dan mencorak betapa berartinya zaman kanak-kanak.lebih-lebih lagi bila ramadhan menjelma dan aidilfitri berkunjung tiba...


.................


.....jap.....


eh,cam sedih lak.hiba terguris dihati.pejam celik mata,buka tutup mulut,dah besar rupanya anak-anak wak pi'e ni.dah semakin jauh mengorak langkah meninggalkan kampung halaman.ala baru jejak shah alam je.perginya aku bukan melarikan diri atau menculik diri sendiri dari rumah ke sini.tapi,pergi dengan keredhaan dari emak dan bapak.em,memang mereka redha aku ke sini sebab,mereka tak berkenan jika aku ke tengah lautan.menyelami dasar laut bersama kaum adam(majoriti).menyambung pendidikan secara mendalam yang terjurus ke arah lasak.maritime management.ranaco education training institute(RETI).aku ingat lagi kata-kata mak...

'macamana nnt kalau adek dh kawen,xkn nk tggalkn laki..ank-ank,adek pegi laut.kan lg sesuai bini dok umh'.

itu aku boleh tahankan lagi.tapi yang buat aku macam syahdu syahdan,

'em..kalau nak jgk,pegi la.nak tggalkan mak,bapak.adek pegi jauh-jauh.pegi laut tu.dah tak nak dok dkt ngn mak bapak lagi'.

sangat tersentap jiwa sanubari aku yang degil ni.itu yang buat aku sanggup patah balik ke johor.walaupun duit pendaftaran,yuran dah bayar.belum kira duit minyak ke kemaman tu lagi.tapi kalau tak silap total around rm700 or 9 jugak la.bapak siap cakap,dia halalkan duit pendaftaran tu semua,asalkan dia lega bila aku setuju untuk tak pilih RETI.maritime management.

sekarang,bidang yang aku terjun ni lebih kepada menuruti pendapat mak dan abg.pasrah.mungkin aku bakal pendidik satu masa nanti.sama macam pakcik-pakcik aku kat indon(abg-abg mak aku) dan tak lupa juga kakak aku kat johor tu.dah macam buat ucapan dedikasi pulak.tapi lama-kelamaan,aku boleh terima sikit-sikit.tapi walau apa pun mmg nak tukar cabang.tetap sama pohon cuma cabangnya sikit beralih kedudukan.
heh,dah lari cerita asal ni...

...dan saat ramadhan yang mulia ni jugak la,mula la aku mengimbau zaman kemeriahan kanak-kanak.zaman aku main pakai rembat baju kakak-kakak aku.biasa la kalau adik-beradik ramai macam ni selalu dapat mewarisi baju secara turun temurun.tapi bukan setakat baju.kasut,tudung,keronsang,seluar,kain.atau apa-apa je yang ngam dgn badan.bak kata mak,jgn membazir.
dan ramadhan beberapa tahun yang lalu,memerhati gelagat abang bermain mercun dan yang paling gempak meriam tanah.duduk kat kampung rumah rapat-rapat,so main meriam mmg gamat suasana.aim ke rumah sape-sape.mmg gempak.dah mcm main perang ala-ala komunis versi berhingus.hingus meleleh.pernah satu malam ramadhan tu time abang g trwih,aku dgn kakak(linda) cuba nak tnjuk hndal kewanitaan la konon.dgn keberanian stgh inci tu,cuba nak bakar meriam tanah yg abg buat drpd tin-tin susu tepung.dgn bangganya aku yg cucuh api dan tnpa segan silu tersambar sikit ke muka kakak dan akibatnya terbakar hangus sikit bulu mata dia.maka dgn tu berkoyan-koyan ayt-ayt kemarahan dari mak kami dpt.terutamanya aku.best dol kena marah.haha.
dan bila ramadhan juga,masing-masing liat kepayat suh bangun sahur.bangun je,tgok mknn dh terhidang.dgn lemah mamai ditambah tekak tawar melekeh suap jugak mknn tu.bila buka masing-masing berebut nak duduk.takut tak dpt kerusi,almaklum la kami tujuh beradik dan generasi.tak lupa jugak berebut air tebu atau soya.biasanya air tebu bagi mak dulu.sbb mak tak suka air soya.dan taufufa kegemaran bapak dan abang.ditambah pulak dgn manisan yg kami org-org jawa pggil 'kolak' atau pengat.haih.asyik.
dan bila ramadhan,di siang hari.sibuk la aku nak ikut abang pegi cari mercun.cari la kt mne pon.jnji dpt.kt kg abdullah ke,kg jawa ke,batu tiga ke.mercun bawang(time kecik-kecik main mercun yg bodo-bodo je),mercun padi(aku pernah bakar mercun padi hny dgn memegang nya mcm tu je.abg aku yg ajr.dh mcm pengganas berani mati lak aku rasa masa tu)haha.
bunga api kucing,bunga api murah,bunga api warna-warni,mercun bola,mercun ketupat.wah,rindu.
dan yang pasti menjelang raya,aku lah insan yang penyabar yang sggup tawarkan diri menelaah menganyam ketupat.sbb aku sedar,aku tak pandai,tak rajin masak lauk pauk untuk hidangan eidulfitri.
dan yang paling aku rindu,nak balik kampung.nun jauh di riau.ya.teringin lagi setelah berbelas tahun.
jumpa saudara mara kt sana.ronda satu kampung,kutip duit raya jgn dilupa.heh.






*kalaulah kembali ke zaman itu...








No comments: