Thursday, December 4, 2008

...FI SABILILLAH...INSYAALLAH.




Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang beriman

yang hatinya disalut rasa taqwa kepada ALLAH

yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam

yang sentiasa haus dengan ilmu

yang sentiasa dahaga akan pahala

yang solatnya adalah maruah dirinya

yang tidak pernah takut untuk berkata benar

yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu

yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang dijalan ALLAH


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang menjaga tutur katanya

yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya

yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya

yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang

yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang


Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati

yang baginya hidup didunia adalah ladang akhirat

yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga

agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik

meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian


Lelaki idaman saya adalah lelaki yang tidak terpesona

dengan buaian dunia kerana dia mengimpikan syurga

disitulah rumah idamannya

dan dia ingin membawa saya bersama

dialah Lelaki idaman saya

2 comments:

BaNy n IeN@z said...

wargk lelaki idaman kamu...
=D
AKUK JG..
=p

dharmawatie♥ said...

hahaha..
em....watever da mtter...
wlu sjaoh mne pn ksengalan,kegilaan ak..
ak nk gk lelaki cm tuhh..
haha..
le x?