Friday, December 26, 2008

...kata mereka tentang dunia...




dunia.
apa kata mereka?

kata mereka,
dunia adalah separa bulatan,
bila tiba di hujung utara selatan,
terjunam tenggelam jatuh ke buritan.

kata mereka pula,
dunia adalah kotak-kotak,
bersegi-segi bersisi rata terletak.

benarkah?
bukankah dunia ini bulat?
berputar-putar roda berpusing takkan sesat,
kembali ke tempat asal biar menghala mana-mana
jihat.

salah!
dunia ini lurus,
ada bermula,ada penghujung harus!

kata mereka yang lagi satu,
luruskah,bengkokkah,bulatkah,kotakkah,
mereka takkan pernah peduli endah,
asalkan dunia bernama dunia indah,
pasti diteguk takkan lelah!

kata mereka yang benar...
dunia lurus buat yang benar,
dunia bengkok bagi yang engkar,
dunia bulat untuk yang sesat,
dunia kotak mereka terhijab otak!

hakikatnya,
dunia adalah kosong!



::WeWr::

2 comments:

meay. snm said...

dunia kosong tapi Allah cipta kan warnanya.
dunia kosong tapi kita hinggapinya.
dunia kosong itu adalah dunia yang penuh.

pseudo.psiko.psikik said...

DUNIA PENUH WARNA LIKU HIDUP...
SUKA
DUKA
SEMUANYA ADA.